PENGENALAN AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) atau APDP merupakan salah satu bentuk perundangan siber yang diperakukan dalam pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC). Akta ini merupakan matlamat Dasar Ke Sepuluh dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu bagi menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi 2009 telah diedarkan pada September 2000 kepada agensi-agensi awam dan swasta untuk mendapatkan ulasan dan pandangan umum dan telah diluluskan oleh Parlimen pada 5 April 2010 dan diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong pada 16 Jun 2010.
Objektif utama undang-undang ini adalah untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial oleh pengguna data dan melindungi kepentingan data peribadi umum.

PEMAKAIAN AKTA

(a) Mana-mana orang yang memproses; dan
(b) Mana-mana orang yang mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan apa-apa data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial.
(1) Tertakluk kepada sub seksyen (1), Akta ini terpakai bagi seseorang berkenaan dengan data peribadi jika:-

(a) Orang itu ditubuhkan di Malaysia dan data peribadi itu, diproses, sama ada dalam konteks pertubuhan itu atau tidak, oleh orang itu atau mana-mana orang lain yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh pertubuhan itu; atau
(b) Orang itu tidak ditubuhkan di Malaysia, tetapi menggunakan kelengkapan di Malysia bagi memproses data peribadi itu selain bagi maksud transit melalui Malaysia.

(2) Seseorang yang diliputi oleh perenggan (2) (b) hendaklah menamakan bagi maksud Akta ini seorang wakil yang ditubuhkan di Malaysia.
(3) Bagi maksud subseksen (2) dan (3), setiap yang berikut hendaklah dianggap sebagi ditubuhkan di Malaysia:

(a) Seseorang individu yang kehadirannya secar fizikal di Malaysia hendaklah tidak kurang daripada satu ratus lapan puluh hari dalam satu tahun kalender;
(b) Sesuatu badan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965;
(c) Sesuatu perkongsian atau persatuan yang tidak diperbadanankan lain yang dibentuk di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia; dan
(d) Mana-mana orang yang tidak diliputi oleh perenggan (a),(b) atau (c) tetapi menyenggara di Malaysia iaitu:-

(i) Suatu pejabat, cawangan atau agensi yang melaluinay dia menjalankan apa-apa aktiviti; atau
(ii) Suatu amalan tetap.


KETIDAKPAKAIAN AKTA

(1) Akta ini tidak terpakai bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
(2) Akta ini tidak terpakai bagi apa-apa data peribadi yang diproses di luar MalaysIa melainkan jika data peribadi itu diniatkan untuk diproses selanjutnya di Malaysia.
Polisi Perlindungan Data Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
Kod Tata Amalan Perlindungan Data Peribadi
Polisi Perlindungan Data bagi Pentadbiran Sumber Manusia
Akta 709 : Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - Bahagian Integriti & Pengurusan Risiko (IPR)

Please publish modules in offcanvas position.