Akta Rahsia Rasmi 1972
Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah satu Akta Undang-undang berhubungan dengan perlindungan rahsia rasmi, terutama sekali dimaksudkan untuk memelihara perkara-perkara rasmi daripada jatuh ke tanggan orang-orang yang tidak dibenarkan.

Akta ini bertujuan untuk mencegah kelalaian yang bersalahan iaitu satu kesalahan jenayah, dan juga untuk menghalang apa-apa bantuan haram yang sengaja diberikan kepada agensi-agensi negara asing atau subversive.

Menurut Perkara 78 Arahan Keselamatan, Ketua-ketua Jabatan hendaklah mengambil langkah menarik perhatian semua penjawat awam kepada peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan juga perhatian penjawat-penjawat awam yang kemudiannya ditempatkan di Jabatan-jabatan mereka.

Ini adalah peraturan asas mencegah yang nyata memberi faedah kepada kepentingan diri seseorang di mana ianya betul-betul sedar tanggungjawabnya terhadap keselamatan di sisi undang-undang; disamping itu peraturan yang sama juga adalah untuk kepentingan awam menentukan bahawa hanya anggota-angota yang cukup sedar atas tanggungjawab mereka sahaja diambil berkhidmat dengan kerajaan.

Sebagai satu lagi peraturan mencegah, tiap-tiap anggota dalam perkhidmatan sementara atau tetap yang memerlukannya mengetahui perkara terperingkat adalah dikehendaki menandatangani satu borang akuan sebelum mereka dibenarkan mengetahuinya. Borang tersebut dikehendaki ditandatangani setiap tahun sebagai peringatan. Pada masa berhenti dari perkhidmatan Kerajaan, anggota tersebut juga dikehendaki menandatangani satu akuan yang akhir.
Akta 88 - Akta Rahsia Rasmi 1972
Pengakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 Pengurus Integriri
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - Bahagian Integriti & Pengurusan Risiko (IPR)

Please publish modules in offcanvas position.