Integriti PACT

Pelaksanaan ‘Integrity Pact’ dalam proses perolehan kerajaan merupakan satu daripada tujuh inisiatif di bawah National Key Result Area (NKRA) – Corruption. ‘Integrity Pact’ pada asalnya merupakan satu konsep yang diperkenalkan oleh Transparancy International (TI-M) bagi membantu kerajaan dalam usaha membendung rasuah. Tujuan utama ‘Integrity Pact’ dalam perolehan Kerajaan adalah untuk:

 Mengelak pretender /penyedut harga daripada menawar atau memberi rasuah

  1. Menghendaki pretender/penyedut harga melaporkan sebarang kesalahan rasuah kepada Pihak Berkuasa.
  2. Memastikan organisasi tidak menanggung “unnecessary costs” dalam pelaksanaan urusan perolehan 

Secara ringkasnya  pelaksanaan ‘Integrity Pact’ di PKNS merupakan satu proses pengisytiharan oleh pembida / orang awam untuk tidak menawar atau memberi rasuah kepada anggota PKNS bagi mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran mendapatkan sesuatu kontrak dan bagi mempercepatkan sesuatu urusan dimana sekiranya berlaku perlanggaran tindakan boleh diambil terhadap pihak berkenaan. Melalui ini, ia diharap dapat meningkatkan kesedaran berkaitan kesalahan rasuah di kalangan anggota PKNS dan pihak-pihak yang berurusan dengan PKNS selaras dengan surat Arahan Perbendaharaan (SAP) bertarikh 1 April 2010.

Arahan Perbendaharaan (SAP) bertarikh 1 April 2010
Borang Pakatan Integriti (Integrity Pact)
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - Bahagian Integriti & Pengurusan Risiko (IPR)

Please publish modules in offcanvas position.