Pengenalan

Sebagai sebuah Badan Berkanun dan agensi pembangunan hartanah dibawah Kerajaan Negeri Selangor, PKNS terlibat secara langsung dalam pengagihan ekonomi yang adil dan pertumbuhan sosio-ekonomi melalui dasar Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Oleh yang demikian, tone from the top dan budaya integriti yang bermula daripada peringkat Pengurusan PKNS mampu mengubah etika bisnes dan mempertingkatkan Tadbir Urus Korporat Terbaik (Good Corporate Governance) serta membentuk budaya kerja sihat dikalangan warga kerja, sekaligus menyumbang kearah kecemerlangan prestasi PKNS.


Pada tahun 2012, PKNS telah menubuhkan Bahagian Integriti & Pengurusan Risiko (IPR) (dahulu dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Organsasi & Integriti ) yang bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan inisiatif-inisiatif integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan & pengesahan, salah laku dan tindakan punitif yang lebih fokus, terancang, efisien dan optimum. Bahagian IPR terus komited memperkemaskan Sistem Integriti Korporat PKNS (Corporate Integrity System) serta melaksanakan pelbagai inisiatif dan aktiviti integriti termasuk yang melibatkan anggota PKNS dan pihak yang berkepentingan. Hasilnya, PKNS dijadikan penanda aras dan pusat rujukan pelbagai agensi jabatan kerajaan serta organisasi swasta sebagai salah satu organisasi terbaik dalam pelaksanaan tadbir urus dan integriti.
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - Bahagian Integriti & Pengurusan Risiko (IPR)