Pengenalan Polisi Aduan Integriti
  1. Selaras dengan amalan Tadbir Urus Terbaik (Good Governance) PKNS telah menyediakan saluran Aduan Integriti untuk menerima aduan dan memberi peluang kepada anggota PKNS dan orang awam melaporkan sebarang ketidakpatuhan di dalam pelaksanaan aktiviti atau kelakuan tidak wajar seperti pelanggaran tatatertib dikalangan anggota PKNS.
  2. Polisi Aduan Integriti menjelaskan proses pelaksanaan penerimaan aduan, penyiasatan, penyediaan kertas laporan dan tindakan yang boleh diambil ke atas mana-mana anggota PKNS yang terlibat, jika sabit kesalahan.

  3. Pelaksanaan polisi ini adalah sebagai langkah memerangi gejala rasuah dan salah laku dikalangan anggota PKNS sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang atau di dalam suatu tata laku, Kod Etika, atau Pekeliling atau kontrak kerja mengikut mana-mana yang berkenaan.

  4. Bagi memastikan ketelusan dan integriti dalam pelaksanaan polisi ini, segala aduan yang diterima oleh Pengurus Integriti akan dilaporkan kepada Pengerusi Jawatankuasa ini yang merupakan Ahli Perbadanan Bebas PKNS.

  5. Sekiranya anda menyedari berlakunya sebarang perbuatan yang menyalahi etika / integriti yang membabitkan anggota PKNS, sila laporkan kepada Pengurus Integriti melalui kaedah-kaedah berikut:
  • Telefon; 
  • Khidmat Pesanan Ringkas (SMS);
  • Surat;
  • Emel kepada Ketua Pegawai Integriti PKNS;
  • Bersemuka dengan Pengerusi Jawatankuasa Whistle-blowing atau Ketua Pegawai Integriti;
  • Melalui Applikasi Aduan Integriti PKNS;
Polisi Aduan Integriti
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - Bahagian Integriti & Pengurusan Risiko (IPR)

Please publish modules in offcanvas position.